Wednesday, December 29, 2010


Hidup ini sgt complicated. ada hidup yg tersimpul mati..ibarat sebuah gulungan getah gelang yang sudah menjadi sebiji bebola.x tau lagi punca. jalan terakhir cuma potong bebola tu jadi serpihan getah gelang yang x boleh disambung lagi..masa tu, semua dah terlambat.da x de guna..


jadi,
sebelum segalanya jadi macam tu, life has 2 solution.sometimes u have to let it go and fly like a bird.sometimes u have to overcome and analyse.but too much analyse lead u to paralyze...believe me.

love yourself.there's no way in life things are smooth,isn't it?hehe.nothing in the world been so kind to u.

It's still ur choice.to fly or to get paralyze....hmmmmm :/

dalam kehidupan yang celaru itu, apa kesudahannya? dalam hidup yang tak tau mana arah nk dituju itu, ada ke penyelesaiannya? do we have the actual solution? even the choice is in our hand, (either to fly or to get paralysed)  kadang-kadang kita perlu fikirkan orang sekeliling...adakah nanti keputusan yang kita buat tu beri kesan pada orang terdekat dengan kita....whether to fly or to paralyze..even you choose to fly, u feel free and not bonded to any commitment and feel free from any problem...does your surround (people) feel comfort with the choice..and how about to get 'paralyze'(silence or do nothing)....does it will be okay wif them?hmmm...just think about it.........think...think.....and think...life is all about thinking..



catatan hawa kepada adamnya...

Sebuah kisah dari sebuah hati yang tidak hanya memihak kaum sendiri. tapi, melalui pengalaman dan pengamatan dari kisah-kisah cinta sendiri dan sahabat-sahabatku sama ada yang belum kahwin atau yang sudah kahwin. Kesimpulan yang dibuat namun bukanlah berniat untuk salahkan sesiapa atau meminta-minta simpati. Niat hati cuma nak berkongsi hati seorang perempuan. Hati seorang perempuan jarang diterokai oleh kaum adam. Hati seorang perempuan teramat rapuh serapuh kaca..hatinya telus dan boleh nampak di seberang sana tp jika tersilap cara dan perhitungan...akan pecah berderai hati perempuan.....saat itu, bila walau dicantum kembali hati itu tidak seperti sediakala..walau akan bangkit kembali ia tak akan seperti yang dulu, penuh dengan kesan retak dan sangat buruk. Mungkin pada kaum adam, semua telah tersedia, semua telah dilakukan, semua telah difahami. Tetapi, suara hati kami tak siapa sudi mendengar. Perempuan adalah makhluk Allah yang perlukan belaian manja, pujuk rayu dan kata nasihat dengan suara yang lembut. Tidak salah adanya jika ingin menegur, tetapi seandainya disertai dengan suara yang lembut dan pujuk rayu alangkah...........tapi perempuan, jangan hanya bermimpi. ini bukanlah cerita di dalam novel atau dongengan. Mungkin Rasulullah bergurau senda dan berkejaran dengan isteri-isteri baginda itu indah. tetapi ... aku tak tahu di mana nilai-nilai itu sudah pergi dan menghilang. mungkin sudah budaya melayu diterapkan supaya tidak terlalu menunjuk-nunjuk perasaan sayang yang ada. takut nanti pijak kepala. tidakkah dengan menunjukkan rasa sayang maka dengan sendirinya perasaan kasih dan kasihan akan datang?? malu? haiiii, mungkin la (sigh)..
Allah telah menciptakan makhluknya berpasang-pasangan. saling melengkapi. aku pernah terdengar dari sumber yang tidak kupasti, tp seandainya betul sumber itu, maka betul la teori ni.....katanya, "Allah dah tetapkan makhluknya berpasang-pasangan..kalau ada di antara kamu yang tidak berkahwin atau jodoh tak sampai, maka pasti ada pasangannya yang lagi satu juga tidak berkahwin atau jodohnya juga tidak sampai"...aku tak tau sejauh mana kebenaran sbb aku cuma terdengar...tapi yang aku nk tegaskan di sini bukanlah bab jodoh atau pasangan, KESERASIAN..memang Allah sudah menetapkan pasangan yang saling melengkapi ini, persoalannya ialah masa yang diambil untuk serasi dan saling melengkapi itu. Bila serasi itu timbul akan timbullah perasaan menjaga hati masing-masing......
Demi Tuhan Yang Maha Esa, aku cuma ingin berkongsi tentang apa teman dan sahabat sekaumku rasa. di setiap pagi, bila aku menghirup dan mencium bau udara, aku terfikir adakah perasaan ini akan berakhir bila malam dengan senyuman itu juga atau akan ada sesuatu yang menghalang senyuman itu muncul lagi...kadang, bila aku ke pejabat dengan menerima kisah-kisah cinta yang benar-benar menyentuh hati (yang mana membabitkan calarnya hati perempuan) aku jadi sedih dan senyuman itu akan terhenti di situ. tidak lagi di bawa sampai ke malam. kadang, aku juga bukan malaikat yang penuh dengan kebaikan. bila hatiku sendiri terusik...senyuman tidak akan berpanjangan. bagaimana lagi ingin ku ceritakan di sini supaya mereka tahu hati perempuan sangat rapuh.. pernah pujangga berkata, "wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki yang bukan diletakkan dikepala utk dijunjung, bukan dikaki utk dijadikan alas, tapi, di hati agar didekati, dikasihi dan disayangi..."..nah, indah sungguh kata-kata itu..kalaulah dapat difahami dan diselami oleh lelaki......alangkah...indah seandainya masing-masing mengerti apa yang diperlukan. masing-masing saling berkomunikasi dan masing-masing serasi dengan ketentuan masing-masing, sama ada yang sudah berkahwin atau bakal menuju ke arah itu..ketahuilah wahai kaum adam, kami tidak meminta lebih dari perasaan kasih dan kasihan darimu sebagaimana kami dikasihi dan dikasihani sewaktu bercinta..kami tidak meminta wang ringgit seandainya diri cukup disayangi dan difahami....wahai adam, hawa memohon ampun dan maaf seandainya hawa terlalu emosi di waktu-waktu yang kritikal. minta difahami...hawa juga minta ampun sekiranya di waktu-waktu yang tidak sepatutnya hawa tercelupar, mungkin hawa kepenatan..maafkan hawa jika hawa berjauh hati bila adam membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan....kerana, hati hawa cepat luluh....hati hawa diciptakan terlalu halus dan berhati-hati....hati hawa ini cepat benar tercarik..seandainya adam dan hawa bersatu dan saling mengerti..alangkah...indah pertemuan itu dari dunia hingga hujung nyawa....

catatan dari hawa yang menyayangi adamnya......

Tuesday, December 28, 2010

28-Dec-2010

Actually dah byk entries yang dalam waiting list tapi belum berkesempatan untuk diuploadkan sbb masih banyak yang perlu dikemaskini....soalnya sekarang aku belum ada idea utk edit post...hehehe...tp aku akan cuba untuk menyiapkan post2 aku yang tak seberapa tuh..hmmmm =P

Monday, December 27, 2010

adakah?

salam buat semua...
aku pernah bersuara
tidak lantang tidak mendatar
namun tidak keluar
lalu tersekat di situ....
lantas soalan yang ditanya tetap dijawab dengan soalan
aku pernah bersuara
namun masih tidak lantang dan tidak pula mendatar
suaraku tidak didengari oleh sesiapa...entah kenapa
puas aku menjerit
cahaya terus mengenyah kewujudanku
aku hilang dengan suaraku......dalam diri
suaraku, hatiku, diriku.....tiada.
aku terus menanti
adakah suara yang tidak lantang
dan tidak mendatar ini
akan terus beralun lagi
atau aku harus menanti dan sepi
sepi yang panjang mengubah haluan

Sunday, December 26, 2010

it's damn soooo looong since the last update....

dyna ali ~babe from PBU
G4 - BTN










keadaan tsunami dgn assignments
abg2 macho cuci pggan di Kem bumi Jati










Sorry la sbb dah lama tak post anything dalam blog kesayangan ni..dah lama menyepi bukan apa, sbb x de apa special event yang nak dikongsikan..huhu..

19 Julai 2010- had my ISAC exam (stands for IT Akill Assessment and Certification). i pass wif flying colors (chewah)...

2 september 2010 ~ i had my JPA exam for Pegawai Khidmat Pelanggan gred N17.tis exam adalah wajib utk pegawai2 baru dan peperiksaan perkhidmatan ni akn menentukan utk dapat taraf 'penduduk tetap' dalam kerajaan. but i failed utk paper B which is Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan, PKPA dan Ketrampilan Diri (what?? i failed utk ketrampilan diri??...huh!!)

20 till 23 September 2010 I had my first kursus that i was required to go to Melaka, Hotel Orkid wif Kak Aiza, PBS staff. Well we're happy wif the accomodation and facilities. We had English For Counter Service Program and it was really fun..The consultant from Conseiller Malaysia was extremely fun and he could turn the seminar into a fun class (although the participants is not between the youth anymore..ahaks!!)Plus, we had a free and easy schedule after evening class. wahh, time to get rest and peace la...but i'm homesick la...hehe..i missed dada and adik.. T_T ..but i was released when i got home.

19 November 2010 ~ right after Hari Raya Haji, my beloved husband balik kampung membawa dada and iqram sbb diorg ada wedding kt umah Mak Ngah Badiah.. so i turned single for couple of days sbb i will be attending Kursus Induksi untuk kump.2 di Dynasty Hotel Jln Ipoh, Kuala Lumpur on 21 Nov 2010. T_T ..feel so lonely kt umah but boleh wat keje rumah tanpa gangguan je. the rest was feeling lonely...biasa dak 2 org tu la kawan gaduh. but bila dah x de sunyi plak....

21 Nov ~ 29 Nov 2010~~bermula la episod sebuah kursus yang terlalu lama bagi aku..i need to attend for 9 full days.. OMG.. apa je diorg nk buat or apa yg kitorg perlu buat for about that days. huh!!
   12:00 pm dah kluar rumah sbb takut sesat..hakaka..buat malu je.. no.. because x familiar.(baik pnyer cover) so better i reach there on time kan.. i set time wif my babe (madinah ali) my babe yg sama2 report duty on April 2010. so i was on phone guidance by my husband (from Penang) to reach to the hotel..and i made it!! believe or not aku x sesat pn..hehe (terer gak eeh) but DAMN~~~ bila sampai ramainye manusia Ya Allah..mana diorang datang ni..rupanya ada konvokesyen utk Open University...aduhhh, time ni la plak diorg nk wat konvo..x de tmpat len ke..wat la kt PICC ke...dewan serbaguna MPAJ ke...adeh~~~lepas pendaftaran balik bilik n rehat sekejap (it almost at 6.30pm!!~~i was given room no 1782) and ada briefing di tingkat 4 bilik 1. aku group 2 so esok start kelas d bilik 2...then bermula la episod aku dan Dynasty Hotel yg sangat menyedihkan (if nk cerita x cukup masa nk baca) i  make it short. Dynasty Hotel had put us in a deepest disappointment. toilet x mengikut piawaian org Islam, lift lambat (most of us got trapped with time bcuz of bad service), electricity kt bilik blackout, management was not good at that time (housekeeping and AM yg lambat entertain client)...dan byk kelemahan pihak dynasty hotel yg boleh diperbaiki dari masa ke semasa....sekarang dah zaman IT, x kan la wireless pn charge lg..hakhakhak..klakar plak.mamak pn free wireless....my first night (sbb mlm tu je kelas belum start) aku hang out n yamcha dengan kawan2 kt sunway n pg uptown shah alam. my babe (dyna) nk cari blaus utk kelas esok.

~~Banyak pelajaran dan pengajaran yang aku belajar dalam kursus induksi. Yang paling utama i learned about work and what is goverment is all about, how's the system. Paling aku x boleh lupa time nk siapkan assignments yang penceramah bagi..kelam kabut gak la,walaupun semua jawapan ada dalam Buku Perintah Am. Credit and two thumbs up to my group member :: The Chosen One. Byk kenangan dengan group 2 ni, aku antara orang paling 'busy' sbb participant kebanyakan bukan org KL sbb tu la org2 KL (dan sewaktu dengannya) agak bz sket. i love all of my group member. Thank you for being so supportive..sgt best dan korang sporting. luv u all..Muahhhxxxx!!!! :*

~~banyak jugak gelagat yang aku tengok sepanjang berkursus...ada yang mengantuk (dah tentu) ada yang mengacau orang..yang kebosanan..muka ketat (lebih2 lagi time makan~asyik kari je...haha) ada yang meng'usha' awek. ada yang sombong, ada yang diam dan 'shy-shy cat'.....haha. sgt seronok~~!!!!!! XD

~~ I was the Treasurer for the group and i was collaborating wif all AJK and they're soooo~~~~~ supportive. thank you so much. How i missed that time and i really wish dat our relationship will never stops. :)

p/s:: aku demam and flu sepanjang kursus..dari day 1 hingga day 9....uhuk3..

30 Nov &1 Dec 2010 - stay at home and seperti biasa bermain-main wif my 2 heroes. kesian diorg sbb i've been away for 9 days and they surely rasa ditinggalkan...left over-bahasa org kampung aku....hehe. bila aku buka pintu rumah orang yang menerkam aku adalah mr. adik sbb mr. abang dok solat ngn ayah kt family hall kat atas.menyedari aku hanya ada 2 hari je untuk bersama anak2 membuatkan aku rasa sedih sgt...nnt ibu nk pg 'berjuang' lagi..hik3..

2 Dec till 5 Dec 2010 - bermula episod aku di Kem Bumi Jati, Kg. Jln Kebun Shah Alam...dalam dormitary aku Beramal (bilik 2) :: me, fifi(Poli Merlimau), mimi(Poli Sabak), kak rose, fairuz, lin (KPT), and another one lady yg aku lupa nama dia (sorry)..kami sgt enjoy sbb semua dalam sebilik tu satu kepala dan sgt seronok...gelak je keja kitorg..HAHAHAHA...it's really fun, guys~~~pegi kelas sama2, makan sama2...cerita2.kami di bawah jagaan Ketua Fasilitator, Setiausaha, Ketua Jurulatih (pak mat) dan jurulatih yg x pernah letih (pak acim & pak abu) dari BTN Perak..terima kasih pd cik KF dan bapak2 kami tu...byk yg aku belajar di kursus kenegaraan ni..kt sini aku ada ujian kecergasan (fitness test), aku ada kawad, aku kena lari sejauh 2 km, aku ke na redah hutan belukar, i learned a lot about sejarah, perlembagaan, adat sopan, hormat-menghormati, teamwork....sgt berharga. Terima kasih kerajaan yang memberi peluang dan membuka mata kami supaya menghargai tanah air....aku x dapat bayangkan negara tanpa kedaulatan..ishhhh....Nauzubillah.....dalam kita bergembira kita patut bersyukur kerana masih berpeluang bangun pagi dan bernafas dengan tenang. tiada hidup dalam kebimbangan...ketakutan...pelarian...Tuhan, kami bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia...terima kasih Tuhan.....



5&6 Dec~~ i had a very high fever that i can't even stand on my own feet...mungkin penat sbb kursus bersambung-sambung....for about 14 days.fuhh... during BTN pn aku demam sikit2 and then bile totally out from that routine, haaah, full swing la demam aku..huhu.

 ~~Begitulah berakhirnya kursus2 yang perlu aku hadir dalam tahun 2010. (ini pengakuan) dulu, aku tak faham kenapa semua org mau kerja kerajaan dan mama aku sendiri pn mau aku kerja kerajaan sbb dia kakitangan kerajaan pada suatu ketika dahulu. aku rasa seperti terkebelakang if aku kerja di sektor ini...sbb terlalu banyak persepsi negatif yang dilempar dan ditohmah terhadap sektor ini. Hanya pada tahun () bila salah seorang sahabatku menjawat jawatan di sektor kerajaan,aku mula ingin tahu apa itu kerja kerajaan. dia yang bertanggungjawab mengisi borang SPAi utk aku (tlg update status aku utk beberapa tahun) sampailah aku dipanggil temuduga dan akhirnya dipanggil menjadi salah seorang warga kerja sektor kerajaan....dan sekarang aku mula mencintai bidang ini...baru kutahu kenapa mama menangis saat aku bagitahu dia yg aku dapat masuk kerja kerajaan.... =) InsyaAllah mama, i'll do my very best to perform..and to my BFF, i love u for giving me hope.. <3 u

okay, i think this is it for today's sharing....see u again my beloved diary.. =)

P/S-->> got a few more photos but have to reserve bcuz of limited space.. =P.pls enjoy in my fb photos