Tuesday, January 25, 2011

Tiba-tiba,kan?

Ahaks!! Tiba-tiba lak aku jadi rajin ber'blog'...aku nak share keletah anakanda2 yang kadang-kadang memeningkan kepala aku..geram gak la..tapi mereka la kawan aku gaduh, bila mereka ni tidur ke, tak de kt rumah tau pulak aku bosan!! hehe .. adat dunia!! mungkin sbb mereka rapat jadi mereka menubuhkan 'geng : pengembaraan bermula' di usia awal mereka. 
=D 
Syamil Iskandar & Syamil Iqram :: ibu sayang kamu~~dunia akhirat!
em, ensem la tu...

wif his new hair
adik nk ni,ibu...
ish mana ikan dalam ni pegi?
special 'peace' pose
kena marah..
degil lagi

mintak simpati.. T_T



menikmati aiskrim

senyuman plg manis yg kumampu beri

Mr Abg


peace dari anggota pengaman.heh~




ni le antara keletah2 anakanda2 ku..ni baru sebahagian yang amat kecil..hehe..if nk tengok mcm mana mereka boleh buat magic tukarkan rumah jadi kapal ke reban ke, padang bola, padang jarak padang tekukur, sila la bertandang ke rumah..hehe~~free show~~mereka juga berupaya menukarkan aku jadi dari seayu-ayu manusia jadi tarzan, incredible hulk, badang, badak,mak lampir, hantu mak limah...dan seumpama makhluk gagah yang lain.. =p .Dan aku rasa tak payah tunggu hujan ribut baru nak dengar guruh halilintar sebab memang tiap2 hari 'petir' akan menyambar mereka..haha~tapi suara je la lebih~ =)
Anyway, ini la kehidupan aku bersama-sama anugerah yang Allah amanah ni. Semoga mereka akan jadi anak2 yang beriman...Amin..


=)

Sunday, January 23, 2011

Monday Mourn-ing..Jgn la nosy sgt!!!

Susah la kalo hidup asyik nk berlumba ngn orang lain. Apa yang org ada aku mesti ada walau aku tau aku x mampu nk memiliki....hahaha. cliche,kan? That's a typical statement dari seseorang yang kurang open minded. Sorry to say that 'such a kampung' statament. If kau tak mampu then just leave it or please be courtesy to have it in a good deed such as usaha sendiri. Lebih puas,kan? Ni tak, dok be nosy hal orang apa orang buat, apa orang beli, dari mana dapat duit...huh!! is it a necessary? Pada aku tak la perlu sangat sibuk hal orang..

Tapi aku bukan nk cakap pasal sibuk perihal dalam beli2 barang ni...tapi hal peribadi orang. Kenapa orang kita suke benor la sibuk hal peribadi orang and then menjaja ke sana sini kononnye 'fuhhhh, i know something that the others do not know,i better spread it so people will respect me because I am the first to know' .. kesian pada orang macam ni,kan?.. sorry to say la, YOU ARE NOT MY TYPE!! IF...(faham betul2) if orang lain willing to share whatever, whatsoever the matters or in the personal sight, it means they trust you. And you have no right to spread it over..not even a word!! So, tidak la perlu la jadi vendor tak bergaji untuk spread cerita keburukan orang, atau suatu hari nanti Allah akan buka keaiban kamu..

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hujuraat ayat 12,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ”

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam maka Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Abu Daud dan At-Tirmizi)

Sudah terang lagi bersuluh..Islam tidak mengajar kita untuk busybody (nosy) hal orang lain. Peribahasa melayu ada sebut "Jangan jaga tepi kain orang" .. faham tak?? Bagi aku, if orang cerita kat kita tentang apa saja rahsia atau tidak maknanya orang tu selesa dan percaya kita. 'Masuk telinga kiri keluar telinga kanan', dan rahsia tetap rahsia. 'Biar pecah di perut jangan pecah di mulut'...'Lembu berpegang pada tali manusia berpegang pada janji'...bukankah kita sudah berjanji yang segala rahsia akan disimpan (dgn pemberi rahsia). Entah la, kadang aku tak faham la, 'what is in their mind,actually?' pandang perkara ni mcm remeh temeh. Sedangkan Allah telah bagi kita amanah utk menjaga keaiban satu sama lain. Aku ni bukan la baik sgt tapi bab menyibuk hal orang ni aku surrender la and IT'S NOT KIND OFF ME AT THIS MOMENT..dan Nauzubillah aku tak berminat jadi nosy hal orang lain. Hopefully Allah tutup pintu hatiku untuk yang satu ni.....

Wallahualam.


Banting

Thursday, January 20, 2011

IT'S A ROMANTIC SWEAR

HOW DO I LOVE THEE?
LET ME COUNT THE WAYS
I LOVE THEE TO THE DEPTH AND BREATH AND HEIGHT MY SOUL CAN REACH,
WHEN FEELING OUT OF SIGHT. FOR THE END OF BEING AND IDEAL GRACE
I LOVE THEE TO THE LEVEL OF EVERYDAY'S MOST QUIET NEED,
BY SUN AND CANDLELIGHT.
I LOVE THEE FREELY, AS MEN STRIVE FOR RIGHT
I LOVE THEE PURELY, AS DAY TURN FROM PRAISE.
I LOVE THEE WITH THE PASSION PUT TO USE.
IN MY OLD GRIEF, AND WITH MY CHILDHOOD'S FAITH
I LOVE THEE WITH THE LOVE I SEEMED TO LOSE WITH MY LOST SAINTS
I LOVE THEE WITH THEE BREATH, SMILES, TEARS, OF ALL MY LIFE!
AND IF GOD CHOOSE I SHALL LOVE THEE MORE AFTER DEATH...

-FAREWELL MY CONCUBINE-

I found this romantic faith on my wedding invitation card of my 2nd brother. Sorry i can't remember the date but i do love this romantic swear as i always dream of my soulmate dedicate it for me..haha =) but surely, not everything that we dream will come true,right? hehe =)

I love the way he/she expressed love in the special and romantic way. and how sweet if we are all gifted this special way. How romantic the world could be. How the world is full of love poem and we sing the same song of love......isn't it sweet? awwwww.... But, almost of us are too reserve about their feelings. You will never know until you lost  it, really!! =)
Kadang-kadang datang la otak kartun aku yang membayangkan dunia ni aman je kalau semua orang tahu meluahkan isi hati dengan cara selembut ini. Alangkah indahnya dunia tanpa sengketa jika umat manusia berhati mulia tanpa rasa ego dan terlalu menyimpan perasaan.

Aku tak pernah belajar english literature tapi bila aku terbaca sumpah cinta ni aku jadi minat untuk menyelami dan turut merasai apa yang penulis ingin maksudkan..susun kata yang indah. Tersirat kata-kata dan makna. Aku tidaklah pandai literature ni tapi aku boleh rasakan betapa melayangnya perasaan si penerima. Cinta sampai mati seperti romeo dan juliet.Hhmmmm, itu semua orang harapkan.

Pokoknya, aku memang suka sumpah cinta ini walau siapa penulisnya, pada siapa ditujukan, dalam cerita mana dipaparkan.....ini akan jadi sumpah cinta yang akan aku simpan dalam hati sampai bila2....(tujukan pada  diri sendiri je =p)

Banting Selangor

Wednesday, January 19, 2011

Riang Ria Anakandaku Sayang







Anakanda sayang,
kamulah harta ibu dunia dan akhirat dan amanah Allah kepada ibu..ibu sayang anakanda ibu..ibu akan berbuat apa saja demi anakanda ibu walau terpaksa bergadai nyawa.....
terlalu cepat masa berlalu, kamu sedang membesar depan mata ibu. keletah,kenakalan dan segala tentang kamu begitu menguji kesabaran ibu yang mana kadangkala ibu terlepas kemarahan dan kepenatan pada kamu....maafkan ibu..tapi percayalah, ibu sayang kamu seperti nyawa ibu sendiri...

Anakanda ibu sayang,
Jadilah anak yang berguna, anak yang soleh yang mendoakan bila ibu dah tiada. Jadilah ank yang mendengar kata, anak yang bertqwa dan anak yang menyayangi antara satu sama lain. Ibu bahagia dengan adanya kamu sebagai zuriat ibu...sekurang-kurangnya ada pewaris ibu yang akan terus mendoakan ibu..

Anakanda Sayang,
Bila kamu dewasa nanti, janganlah dilupakan ibu ya, nak....mungkin masa itu ibu sangat memerlukan belaian kamu sepertimana ibu membelai kamu dulu. Bukan mengharapakan balasan, sayang....sekadar mahu dibelai dan dimanja oleh darah daging sendiri....

Anakandaku nyawaku,
Seandainya pokok2 pandai berkata2 pasti mereka akan memberitahu kamu yang ibu amat menyayangi dan akan terus ada untuk kamu selagi diizinkanNya. Seandainya angin bisa meniup bahasa yang ibu nyatakan yang ibu terlalu menyayangi kamu, pasti berita itu akan tersebar diseluruh pelusuk alam. Seandainya kata-kata hati ibu dapat didengari kamu, pasti kamu mengerti betapa ibu sayang kamu.. Ibu akan terus membelai sepertimana ibu membelai kamu sedari kecil.....ibu akan terus membayangkan kamu seperti bayi yang pernah ibu kendong suatu ketika dulu....

Wahai Anakanda Sayang..
Ibu akan terus bersama kesayangan ibu walau ditakdirkan kita akan berpisah di dunia....lihatlah kerlipan bintang dan percayalah, Allah mendengar hati rindu seorang anak dan Dia akan sampaikan pada ibu yang anakanda2 ibu begitu menyayangi ibu dan nescaya ibulah menjadi hambaNya paling bahagia bila mengetahui anak-anak ibu adalah anak yang soleh. Ibu tiada harta untuk ditinggalkan pada kamu sayang, cuma yang mampu InsyaAllah, selautan ilmu yang boleh kamu tuntut...Ya Allah, semoga mereka menjadi seperti yang diharapkan...semoga doaku sebagai ibu didengari..

salam sayang buat anakanda,
ibu
19/01/2011
Shah Alam